Thursday, May 28, 2009

Sebuah Kelahiran

Namaku Mohd Hafiz Bin Sumari. Aku dilahirkan di hospital Segamat. Aku dilahirkan pada tanggal 7hb November 1986 tepat jam 5.32pm, hari Jumaat. Mengikut cerita ibuku serta saudara yang lain, aku dilahirkan dalam keadaan ribut & hujan lebat. Aku sendiri tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Tiada sebarang bukti yang menyokong cerita tersebut. (mane nak dapat beb video cam waktu tu). Sifat panas baran dan cepat melenting yang ada pada diriku seringkali dikaitkan dengan pristiwa kelahiranku... ahh aku sendiri tidak mahu mengambil pusing dengan pristiwa tersebut.

Aku dibesarkan seperti kanak-kanak lain. Penuh dengan kasih sayang dari kedua orang tuaku serta adik beradik yang lain. Aku mempunyai 4 orang adik beradik sahaja. Aku mempunyai 2orang akak dan seorang abang. Telah menjadi suratan dan sememangnya bukan suatu kebetulan bahawa aku adalah anak bongsu keluarga ini.

Aku dibesarkan di kediaman orang tuaku. Keluargaku menetap di sebuah tanah rancangan Felda iaitu di Felda Pemanis Satu. Kedua orang tuaku adalah Peneroka di tanah rancangan tersebut. Tanah rancangan ini terbahagi kepada 2 iaitu Pemanis Satu & Dua. Kampung halaman ku ini dikelilingi oleh ladang Getah dan hutan. Jarak penempatan ini daripada Bandar Segamat ialah sejauh hampir 20KM. Pekerjaan bapaku adalah menoreh getah manakala ibuku berniaga secara kecil-kecilan dangan membuka warung di sini.

Kehidupan kanak-kanak ku tidak jauh berbeza dengan kanak-kanak lain. Aku amat bersyukur kerana di lahirkan di dalam keluarga ini. Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian keluarga. Bagiku, aku adalah anak yang bertuah kerana dapat hidup didalam sebuah keluarga sederhana yang tidak membataskan setiap keinginanku. Namun begitu, aku tidak mempunyai kawan yang ramai sewaktu kecil. Ini mungkin disebabkan aku adalah seorang kanak-kanak sensitif kepada alahan atau lebih tepat alergik kepada keadaan persekitaran yang kotor dan berhabuk. oleh yang demikian, ibuku melarang keras untuk aku bekawan dengan kanak-kanak lain di luar rumah. kesan daripada itu, aku menjadi seorang generasi felda yang langsung tidak pandai menyesuaikan diri dengan aktiviti luaran. Maka jadilah aku seorang budak yang SKEMA!!!!!



4 comments:

  1. Salam Apis...
    Sebuah KELAHIRAN yang dinantikan menjadi titik permualaan ke arah mewarnai Kehidupan dengan warna2 KEGEMILANGAN..
    SELAMAT MAJU JAYA..
    ALL DE BEST!!!
    (^_^)

    ReplyDelete
  2. wsalam honey, thnks alot. InsyaAllah.
    hope awak juga

    ReplyDelete
  3. Belive your self.... Alwayssss k. Good Luck n taking care

    ReplyDelete
  4. ahhh.. wrong spell believe.... hehehehe

    ReplyDelete