Friday, August 19, 2011

HIKAYAT HARI INI.

Assalamualaikum,
ape khabar semua hari ini..
emm sudah lama tidak menulis dalam blog nie. terasa rindu. namun tiada ape yang ingin dikongsikan diruangan ini. walau jauh disudut hati ini ingin menukilkan satu lembaran sebahagian catatan buat memori kehidupan.

Hari ini, selasa 23 Ogos 2011, bersamaan 23 ramadhan. melalui tarikh ini telah dapat kurasakan bahang hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Hati kecil ini amat bersyukur kerana ini adalah satu rahmat yang paling besar dari Allah kerana tahun ini adalah tahun pertama aku merayakannya disamping isteri tercinta. Kebahagiaan yang kudambakan selama ini telah di kurniakan, Syukur ku panjatkan pada ilahi.

Sakit kepala yang ku alami sejak subuh tadi beransur menemui penawarnya apabila mengamit kenangan & memori indah ini. tetapi apa yang pasti, jelas ada pelbagai cabaran yang menanti pada masa akan datang. Ku serahkan kepada Tuhan serta memohon adalah kebahagiaan itu sentiasa menjadi milikku dalam aku meniti hari-hari yang berlalu sebagai khalifah Nya di muka bumi ini. Masih banyak yang perlu aku fikir dan lakukan lagi.

InsyAllah.. Semoga Allah sentiasa mengasihi dan merahmati ku. Hanya itu yang kuharapkan.


Tuesday, June 23, 2009

Kawan Dalam Kamus Hidup ku

Siapakah kawan? kawan sememangnya penting dalam setiap kehidupan manusia. Tetapi sedarkah, bilakah bermulanya kita mempunyai kawan? Persoalan yang aku timbulkan ini sudah cukup membuatkan mindaku berpusing bagai lajunya tayar F1 pada kelajuaan maksimum.

Kehidupan yang kulalui saban hari di warung ibuku menjadikan aku seorang kanak-kanak yang tidak gugup dan takut dengan persekitaran dan pergaulan terbuka. Saban hari aku melihat orang kampung mengunjungi warung ibuku untuk membeli makanan. dari pagi sehingga malam, baik yang dibungkus ataupun makan di warung ibuku. Pelanggan-pelanggan ibuku ini sememangnya cukup ramah dan mesra bukan sahaja dengan kedua orang tua ku malah aku sendiri. besar kemungkinan juga keadaan persekitaran aku yang bercampur gaul dengan setiap pelanggan ibuku semasa kecil.. memberikan kesan bahawa aku akan sentiasa dan senang untuk bergaul dengan masyarakat setelah aku besar kini. aku seringkali bermain2 dengan ntah siapa yang pasti mereka adalah anak kepada pelangan-pelanggan ibuku yang hampir sebaya dengan umurku pada ketika itu.

Puas aku kembalikan ingatan aku sejauh 20 tahun yang lalu namun aku hampa.. aku sendiri tidak dapat menginagati siapakah insan yang menjadi kawan sebayaku semasa kecil. namun dalam hebatnya Harddisk semulajadi milikku memutarkan cakeranya..... seraut wajah yang cukup kuingati sehingga kini terpapar jelas!!! aku mengenalpasti wajah ini lalu lidahku terucap satu nama yang sudah sekian lama tak kuucapkan... 'Lis'.... Siapakah Lis???

Nama sebenar Lis ialah NorAzizah bt Abidi. umurnya sebaya dengan ku ketika itu. Lis seorang budak perempuan yang cukup putih. mukanya seiras anak cina! Seingat aku ketika itu umur ku baru 5 tahun. Lis adalah anak kepada pasangan Mak Normah & pakcik Bidi. merka adalah kenalan rapat ibuku dan juga merupakan penduduk di felda pemanis. Lis adalah panggilan manja keluarganya. jadi aku pun panggil die lis la. aku mula mengenali lis selepas ibunya membawanya bersarapan di warung ibuku hampir setiap hari. kebetulan semasa mereka datang aku juga sedang bersarapan sambil memerhatikan ayahku atau ibuku sibuk menebar roti canai dan melayan pelanggan. oleh itu kami mula berkawan dari saat itu. Namun begitu, perkenalan antara aku dan lis tidak hanya di meja makan. Mak normah memperlawa aku untuk ikut mereka pulang keruma kerana dia tau aku tidak mempunayai kawan di warung.




Thursday, June 11, 2009

Zaman Kanak-kanak riang!!!

Diatas faktor kesihatanku yang tidak mengizinkan, aku lebih banyak menghabiskan masa didalam rumah. Kadang kala aku mengikut mak aku berniaga di warung. oleh kerana kedudukan warung dan rumahku yang agak jauh, aku dan keluargaku lebih banyak menghabiskan masa di warung. Ibuku berniaga dari awal pagi dan hanya akan selesai pada dinihari.

Tidak dapat dinafikan bahawa aku adalah seorang anak kecil yang sangat manja pada ketika itu. Aku tidak akan berenggang dengan kedua orang tua ku. Adik beradikku juga amat menyanyangiku. Namun begitu, aku kerap berkelahi dengan kak uda ku. Kami dua beradik sememangnya sering bergaduh walaupun hanya disebabkan perkara kecil. Mungkin juga kak uda ku ini seperti tidak dapat menerima kehadiranku didalam keluarga ini. Maklumlah, aku dilahirkan pada usianya 7 tahun. Tapi masakan pula aku nak 'potong trip' sebagai waris bongsu keluarga ini. Yang pasti dia harus menerima kenyataan!hehehehe

Usia kanak-kanakku tidak seperti riagnya aktiviti kanak-kanak sebaya dengan ku! Aku tidak berpeluang untuk mandi di paya, memancing, melastik burung dah pelbagai aktiviti lain yang sering dilakukan oleh anak2 kampung. Ibuku melarang keras untuk aku bergaul dengan anak2 diluar sana yang lasak dan aktif. Akibatnya aku menjadi seorang budak lelaki yang digelar lembik! Lembik maksudnya disini bukan la pondan, tetapi tidak lasak.

Waktu kecil aku banyak juga menghabiskan masa di kedai membaiki peralatan elektrik di sebelah warung ibuku. Kedai ini didiami oleh seorang abang yang lumpuh kakinya akibat kemalangan jalan raya. Namanya 'Abg Mael'. abg mael juga senang melayani kerenah aku. Aku selalu bermain dengan peralatan2 membaiki tV & radio miliknya.. seperti screw driver, penyedut timah, solder, transformer. Malah aku amat tekun memerhatikan bagaimana abg mael melakukan kerja sebagaimana rutinnya setiap hari. Tambahan lagi, die tinggal bujang disitu.. aku juga kadangkala sampai tertidur di kedainya. Apabila aku dimarahi oleh ibuku, semestinya aku akan ke kedai abg mael untuk menyembunyikan diri. ( lupa aku nak citer, mak aku nie garang giler beb, manje2 jugak.. tapi kalo dah wat salah, jangan ckap la... silap hari bulan rotan tu boleh terbelah dua dibuatnya). Oleh itu, kedai abang mael la yang menjadi kubu persembunyianku.. hehehe

Di Sebelah warung ibuku juga ada sebuah kedai gunting rambut yang dimiliki oleh seorang abg. Abg nie namanya abg miswan! tapi die tak berniaga lama di kampungku. Seingat aku, abg miswan sakit akibat diganggu pontianak yang menumpang motosikalnya sewaktu dia pulang berniaga! oleh kerana abg miswan bukan penduduk di Felda Pemanis, dia terpaksa tinggal jauh di luar kampungku, sehingga pada suatu ketika dia diganggu dan dia terus jatuh sakit sehingga 3 bulan. Selepas kejadian tersebut, dia terus berhenti berniaga sebagai pemotong rambut dan sehingga kini aku sendiri tidak pernah bertemu dengannya. Namun begitu kedainya diambil alih oleh Pakcik samad, peneroka dikampungku juga.

Tempat permainanku yang lain pula ialah di kedai jiranku milik Pakcik A. Sebenarnya nama dia Pakcik Masilan, tetapi disebabkan dia menyewa kedai yang paling hujung maka kami sekeluarga menggelarkanya pakcik A. Pakcik A membuka perniaagaan Tukang Jahit untuk pakaian lelaki. Jahitannya amat berkualiti. Aku seringkali mengganggunya menjahit.. dan bermain dengan setiap peralatan jahitannya. Sesuatu yang menarik tentang pakcik A adalah tentang ibu jarinya yang lentik secara luar biasa! Selain itu, warna kulit pakcik A nie sangat hitam! tapi dia dah pun meninggal dunia!Al-Fatihah...

Tempat permainan ku yang lagi satu adalah disebelah warung ibuku iaitu kedai wak paiman. tapi aku jarang 'bertangga' disini kerana kedainya tak selalu bukak. orang kampung memanggilnya wak paiman pendek, sebab keadaan fizikalnya yang sememangnya rendah. disebabkan dia nie jarang bukak kedai aku pun dah tak ingat yang die nie bis ape. yang aku ingat kejap bukak kejap tutup...hehehe

Semua yang telah aku kongsikan disini adalah sebuah kenangan yang terpahat segar diingatanku. Disinila kehidupan ku bermula,.... saat suka dan duka yang tidak akan kulupakan sehingga akhir hayatku. Sememangnya kita tidak akan dapat mengingati setiap detik kehidupan kanak-kanak kita di masa lalu, namun begitu apa yang pasti.... setiap kenangan ini akan terus menjadi suatu sejarah sebuah kehidupan!








Thursday, May 28, 2009

Sebuah Kelahiran

Namaku Mohd Hafiz Bin Sumari. Aku dilahirkan di hospital Segamat. Aku dilahirkan pada tanggal 7hb November 1986 tepat jam 5.32pm, hari Jumaat. Mengikut cerita ibuku serta saudara yang lain, aku dilahirkan dalam keadaan ribut & hujan lebat. Aku sendiri tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Tiada sebarang bukti yang menyokong cerita tersebut. (mane nak dapat beb video cam waktu tu). Sifat panas baran dan cepat melenting yang ada pada diriku seringkali dikaitkan dengan pristiwa kelahiranku... ahh aku sendiri tidak mahu mengambil pusing dengan pristiwa tersebut.

Aku dibesarkan seperti kanak-kanak lain. Penuh dengan kasih sayang dari kedua orang tuaku serta adik beradik yang lain. Aku mempunyai 4 orang adik beradik sahaja. Aku mempunyai 2orang akak dan seorang abang. Telah menjadi suratan dan sememangnya bukan suatu kebetulan bahawa aku adalah anak bongsu keluarga ini.

Aku dibesarkan di kediaman orang tuaku. Keluargaku menetap di sebuah tanah rancangan Felda iaitu di Felda Pemanis Satu. Kedua orang tuaku adalah Peneroka di tanah rancangan tersebut. Tanah rancangan ini terbahagi kepada 2 iaitu Pemanis Satu & Dua. Kampung halaman ku ini dikelilingi oleh ladang Getah dan hutan. Jarak penempatan ini daripada Bandar Segamat ialah sejauh hampir 20KM. Pekerjaan bapaku adalah menoreh getah manakala ibuku berniaga secara kecil-kecilan dangan membuka warung di sini.

Kehidupan kanak-kanak ku tidak jauh berbeza dengan kanak-kanak lain. Aku amat bersyukur kerana di lahirkan di dalam keluarga ini. Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian keluarga. Bagiku, aku adalah anak yang bertuah kerana dapat hidup didalam sebuah keluarga sederhana yang tidak membataskan setiap keinginanku. Namun begitu, aku tidak mempunyai kawan yang ramai sewaktu kecil. Ini mungkin disebabkan aku adalah seorang kanak-kanak sensitif kepada alahan atau lebih tepat alergik kepada keadaan persekitaran yang kotor dan berhabuk. oleh yang demikian, ibuku melarang keras untuk aku bekawan dengan kanak-kanak lain di luar rumah. kesan daripada itu, aku menjadi seorang generasi felda yang langsung tidak pandai menyesuaikan diri dengan aktiviti luaran. Maka jadilah aku seorang budak yang SKEMA!!!!!